Course Overview
Penerangan Kursus
Modul
Aktiviti Seni dan Pergerakan Kreatif Kanak-Kanak ini dibangunkan sebagai
panduan terutamanya kepada para pendidik dan juga ibubapa bagi menjalankan
aktiviti pergerakan dengan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 6 tahun.
Modul ini memberikan beberapa aktiviti
cadangan yang dapat dilakukan oleh guru bagi merangsang perkembangan fizikal,
sosial, emosi dan kognitif kanak-kanak melalui aktiviti pergerakan secara semual jadi dan menarik minat
kanak-kanak untuk belajar. Modul ini menekankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran melalui bermain atau “learning through play” dan mengaplikasi
prinsip amalan pembelajaran yang menyeronokkan melalui pendidikan STEAM.