Course Overview
Penerangan Kursus
Kanak-kanak yang mempunyai
kemahiran bahasa yang baik lebih mudah mempelajari kemahiran membaca dan
menulis. Sejauh mana kanak – kanak mencapai kejayaan di sekolah banyak
dipengaruhi oleh perkembangan bahasa dan kemahiran literasi awal. Kanak – kanak
yang mempunyai perkembangan bahasa yang baik mampu membentuk kemahiran literasi
awal dan seterusnya mencapai kemahiran membaca dan menulis yang baik. Kemahiran
literasi awal adalah penanda sejauh mana kejayaan kanak – kanak dalam bacaan
dan tulisan.
Modul Pendidikan Story Telling Melalui STEAM Kanak-Kanak ini dibangunkan sebagai panduan
terutamanya kepada para pendidik dan juga ibubapa bagi menjalankan aktiviti
pergerakan dengan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 6 tahun. Modul ini memberikan beberapa aktiviti cadangan
yang dapat dilakukan oleh guru bagi merangsang perkembangan fizikal, sosial,
emosi dan kognitif kanak-kanak melalui aktiviti pergerakan secara semual jadi dan menarik minat
kanak-kanak untuk belajar. Modul ini menekankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran melalui bermain atau “learning through play” dan mengaplikasi
prinsip amalan pembelajaran yang menyeronokkan melalui pendidikan STEAM.