Course Overview
Pengenalan Kursus
Pendedahan dan penguasaan masyarakat negara ini dalam bidang robotik belum begitu
memberangsangkan. Pelajar perlu didedahkan dengan pengalaman sebenar
menggunakan formula berkenaan dan memahami bagaimana ia digunakan dalam
kehidupan sebenar.
Modul
Aktiviti Robotik Melalui STEAM Kanak-Kanak ini dibangunkan sebagai panduan
terutamanya kepada para pendidik dan juga ibu bapa bagi menjalankan aktiviti berkaitan
asas robotik dengan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 6 tahun.
Modul ini memberikan beberapa aktiviti
cadangan yang dapat dilakukan oleh guru bagi merangsang minat kanak kanak
terhadap pendidikan robotik melalui pendidikan Steam. Modul ini menekankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui bermain atau “learning through
play” dan mengaplikasi prinsip amalan pembelajaran yang menyeronokkan melalui
pendidikan STEAM.