Course Overview
Pengenalan Kursus
Pendidikan dalam Islam adalah untuk membangunkan jiwa
insan. Hampir keseluruhan pendidikan yang dikehendaki oleh Islam ialah merujuk
kepada pendidikan rohaniyyah manusia selaku hamba Allah bagi memancarkan
kejernihan akhlak dan budi pekerti yang tinggi.
Dalam melahirkan para saintis dan cendekiawan melalui sistem pendidikan,
pendidikan akhlak perlu dijadikan sebahagian daripada kurikulum dalam sistem pendidikan.
Sama ada ia melibatkan kurikulum di peringkat para sekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi
Modul Aktiviti Pendidikan Islam dan Moral
melalui STEAM ini dibangunkan sebagai panduan terutamanya kepada para pendidik
dan juga ibu bapa bagi menjalankan aktiviti pergerakan dengan kanak-kanak yang
berumur antara 3 hingga 6 tahun. Modul
ini memberikan beberapa aktiviti cadangan yang dapat dilakukan oleh guru
bagi merangsang perkembangan dan pembentukan akhlak dan kesejahteraan emosi
kanak-kanak melalui bermain atau “learning through play” dan mengaplikasi
prinsip amalan pembelajaran yang menyeronokkan melalui pendidikan STEAM.