Course Overview
Pengenalan Kursus
Generasi milenia dianggar berjumlah 5.7 juta orang atau hampir 19
peratus daripada keseluruhan penduduk. Justeru, pemupukan kesedaran terhadap
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sangat penting kepada mereka. Modul
Pendidikan Alam Sekitar Kreatif Melalui STEAM ini dibangunkan sebagai
panduan terutamanya kepada para pendidik dan juga ibu bapa bagi menjalankan
aktiviti pergerakan dengan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 6 tahun.
Modul ini memberikan beberapa aktiviti
cadangan yang dapat dilakukan oleh guru bagi merangsang perkembangan fizikal,
sosial, emosi dan kognitif kanak-kanak melalui aktiviti pergerakan secara semual jadi dan menarik minat
kanak-kanak untuk belajar. Modul ini menekankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran melalui bermain atau “learning through play” dan mengaplikasi
prinsip amalan pembelajaran yang menyeronokkan melalui pendidikan STEAM.